Iklan Jap!!

Friday 3 April 2015

Takut bila anak belum merangkak??

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share satu benda yang menjadi kebimbangan aku sejak mempunyai anak. Aku ni mudah risau kalau pasal anak ni, nasib baik suami yang akan cool kan aku. haha. Biasa la perempuan kan, mesti mudah je nak fikir bukan-bukan. :P

Salah satu benda yang aku selalu risau adalah tentang perkembangan anak aku. Aku sibuk duk compare dengan anak orang lain. Korang jangan taw compare2 ni sebab setiap anak tak sama dia punya perkembangan. Lagi-lagi pulak aku pernah terdengar kalau anak lelaki dia punya perkembangan lambat berbanding anak perempuan. Tak tahu betul ke tak sebab anak sepupu aku, lelaki jugak, 3 bulan dah pandai merangkak dan tumbuh gigi. Haha. Anak aku dah 10 bulan ni, tumbuh gigi pun belum lagi. Orang tua kata ayah dia tanam uri dalam sangat! boleh camtu? Haha

Aku ni banyak orang aku comparekan, maklum lah masa beranak ari tu sama bulan pulak dengan officemate 3 orang. Memang lah aku asyik macam, "eh kenapa Akid belum lagi ni? eh kenapa Akid belum lagi ni?". Tiap-tiap hari aku duk tunggu Akid nak merangkak. Tiap-tiap hari tunggu Akid duduk sendiri. Tiap-tiap hari duk google tanya pengalaman orang. HAHA.

Antara ayat yang selalu aku search;

"Bayi umur 7 bulan belum merangkak"
"Bayi umur 8 bulan belum merangkak"
"Bila bayi akan pandai duduk sendiri"

and so on.. suami aku macam dah fedup aku duk risau tak tentu pasal. Haha. Tapi, tu la mak-mak memang camni kan? Ok sep siket..

Tapi berdasarkan pembacaan aku, it's normal bayi tak merangkak sebab ada bayi yang memang tak merangkak tapi terus berdiri and jalan. Paling baik, kita motivate dia untuk merangkak sebab sewaktu baby merangkak, dia akan merangsang saraf-saraf motor yang halus seterusnya merangsang sel-sel otak. Masa tu la sel-sel otak mula berhubung. So, sebab tu orang cakap budak yang merangkak lagi pandai berbanding budak yang tak merangkak.

Subhanallah. Allah jadikan merangkak tu bukan sekadar merangkak. Merangkak merupakan satu kemahiran untuk mengimbangi kepala bayi, menguatkan leher, otot lengan serta kaki bayi. Merangkak juga dikatakan mampu untuk merangsang kemahiran membaca dan menulis mereka. If anak-anak korang jenis tak merangkak, tak terlambat lagi untuk korang stimulate anak korang untuk merangkak. Caranya korang juga kena merangkak, so that anak korang akan ikut, tak kira la berapa umur anak korang sekarang, it's never too late yeah! Jangan la bagi main gadget je okay? -_-'

Ok sambung balik kisah anakku yang masih tak merangkak tadi, lepas dah google everything. Lepas dah yakin akan tiba masa untuk anak kita pandai merangkak dengan sendiri, aku dah tak risau dah. Lagi-lagi, sejarah aku memang aku tak merangkak. So aku assume keturunan aku jenis tak merangkak. Boleh? Hehe. Pastu aku ada terbaca if anak tak merangkak tapi dia still menunjukkan efforts dia untuk bergerak ke hadapan ke belakang, memanjat, mengengsot and what so ever called as moving, the it should be okay. No need to worry yeah. It's normal. Tapi, kalau anda korang tak menunjukkan langsung efforts dia untuk moving, then you should go to see a doctor. Itu yang aku baca dan faham. So mommies out there yang ada feeling macam aku ni, korang jangan la risau-risau ye. kita okay je tahu? As long as anak kita still aktif :)

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan anakku bergerak macam menyusur tu, ala macam cerita mortal combat tu, Akid mula menunjukkan kedudukan merangkak yang betul. Tapi slow-slow la. Well, as i said setiap budak tak sama. JANGAN COMPARE! Kesian dia. Tapi, paling bersyukur, walaupun lambat dari segi pergerakan, Akid mudah nak menyebut apa-apa. Akid dah boleh panggil ibu dan babah. Kalau time nak susu, nangis sambil panggil aku, "buuu..buuu..buu". meresap dalam jantung anak dah pandai panggil aku :') 

Hari tu kawan aku pun terkejut dengar dia panggil aku ibu even masa tu umur dia 7 or 8 bulan. Tak ingat sangat. As i mention earlier, PERKEMBANGAN BUDAK TAK SAMA. Ni tengoklah nanti Akid berjalan umur berapa. Hehe. Akan tiba masanya even anak sepupu aku sebelah rumah tu dah laju jalan walaupun umur sama. Takpe bebeh, it's normal. No need to worry much :)



thanks for reading! :)




  


1 comment:

  1. Hihihi sma la prangai ni ha... risau sgt..10bulan setengah blom boleh duduk sendiri n merangkak..menyulur kedepan laju..naik walker laju kaki tu jalan..lega skit bca ni huhu

    ReplyDelete